Kenyataan Rasmi Yang Dipertua Dewan Ekonomi Usahawan Malaysia
*PERUTUSAN KHAS YDP DEUM*
Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera;
Pertamanya saya ingin memanjatkan rasa syukur pada Allah SWT yang telah memberi kita nikmat dan rahmat menjalani kehidupan ini. *Untuk makluman semua DEUM sehingga ke hari ini tetap terus menjadi badan NGO yang meneruskan Dasar Agenda Rakyat dan Memperkasa Ekonomi Usahawan dalam suasana politik Malaysia Baharu.*
Tidak dinafikan bahawa DEUM adalah sebuah badan NGO yang mendokong usaha-usaha kerajaan hari ini. Kita tidak akan menjadi pemisah diantara rakyat dan pihak kerajaan malah kita akan duduk semeja bagi membincangkan serta mendapatkan jalan penyelesaian yang terbaik kepada rakyat serta usahawan jika terdapat isu atau permasalahan dalam kalangan usahawan. *Agenda usahawan dan agenda kebajikan rakyat tetap menjadi keutamaan DEUM.*
Sedia maklum, DEUM telah mewujudkan sayap-sayap kanannya seperti *Majlis Tindakan Ekonomi Wanita Malaysia (MTEWM), Majlis Tindakan Ekonomi Belia Malaysia (MTEBM), Majlis Tindakan Koperasi Malaysia (MTKM), Malaysian Product Development Center (MPDC), Majlis Tindakan Penganugerahan & Pernilaian Usahawan Malaysia (MTPPUM), Biro Gerakan Ekonomi Kaum Cina Malaysia, Biro Gerakan Ekonomi Kaum India Malaysia* dan yang terbaru *Majlis Tindakan Ekonomi Seleberiti Malaysia (MTESM)* yang kesemua Majlis Tindakan ini mempunyai peranan dan tanggungjawab dalam menggerakkan jawatankuasa tersendiri demi satu wadah iaitu memacu ekonomi wanita, belia, sukan, Usahawan IKS dan Seleberiti Malaysia Baharu.
Dalam semua pelaksanaan saya telah meletakkan satu dasar yang perlu digembleng bersama iaitu *_"Enterpreneur Strategic 2022" (ES22)._* Saya juga sedang dalam tempoh kajian dan penilaian dalam semua aspek bagi mewujudkan strategi untuk lebih memperkasa usahawan yang dipanggil _*"National Orange Ocean Strategic" (NOOS)*_. Disamping itu saya juga menekankan betapa PERLU dan WAJIB untuk setiap pihak serta individu dibawah organisasi DEUM seperti Pengerusi Majlis Tindakan, AJK serta Usahawan-usahawan semua perlu berfikiran terbuka, mengkritik mengikut saluran yang betul dan bertindak tidak mengikut emosi.
Semua perkara ini perlu diperhalusi dan dibawa berbincang sebelum dilakukan dan saya terbuka bila-bila masa untuk bertemu untuk berbincang keperluan yang mematlamatkan demi agenda kebajikan rakyat dan usahawan bukannya agenda peribadi.
Saya berpendirian jika kerajaan Pakatan Harapan kini melakukan perkara yang positif dan lebih mendatangkan manfaat positif serta menggerakkan usahawan lebih baik dari kerajaan sebelum ini, mengapa kita perlu ketinggalan? *Ayuh kita bersama dalam wadah ini membawa agenda usahawan dan mendokong aspirasi rakyat untuk perubahan.*
Adalah juga saya ingin menyatakan sokongan dari setiap orang usahawan kepada pihak kerajaan hari ini dalam perkara yang murni dan baik untuk usahawan bagi menjamin kestabilan politik dan asalkan nasib usahawan dapat dipeduli dan lebih diperkasa. Janganlah kita menjadi musuh kepada kerajaan memerintah, jadilah kita seperti *Sahabat - Bisa Menegur dan Bisa Ditegur.*
Sekian, Yang Ikhlas;
*YABhg. DS Khairul Khuzaini Bin Zamsani*
YDP Majlis Mesyuarat Pusat DEUM
28hb Januari 2019 (Isnin) | 00:16 | Shah Alam

Comments
Post a Comment