Posts

Showing posts from June, 2019

Persidangan ANGKASA

Image
Admin - 29hb Jun 2019 | Kuala Lumpur YDP DEUM ingin menyatakan sokongan kepada calon PRESIDEN DATUK HJ ABDUL FATTAH ABDULLAH dan calon NAIB PRESIDEN TN HJ MOHAMAD AZMI OMARUDDIN. Kedua-dua mereka akan pertanding dalam pemilihan kepimpinan baru ANGKASA. Sama-sama kita memberi sokongan demi memastikan ANGKASA terus dilandasanya dengan agenda pembangunan keusahawanan. YDP DEUM juga dengan rasa rendah diri ingin menyeru kepada semua perwakilan untuk memelih calon presiden dan naib presiden yang berkelibel dan effisien. Admin DSK - YDP DEUM Kuala Lumpur | 29hb Jun 2019 Media Official YDP

MOU Program Usahawan DEUM dan ANGKASA

Image
Admin - 27hb Jun 2019 | Kuala Lumpur Alhamdulillah selesai satu majlis menandatangani MOU melibatkan program keusahawanan DEUM dan ANGKASA. Semoga program2 keusahawanan ini lebih memajukan lagi bidang keusahawanan negara selaras dengan Strategi Keusahawanan Negara. Admin DSK - YDP DEUM Kuala Lumpur | 27hb Jun 2019 Media Official YDP https://www.facebook.com/594814384359050/posts/640957849744703/

KOSMO 25HB JUN 2019

Image
Admin - 25hb Jun 2019 | Kuala Lumpur Kosmo harini > Blu Coffee Perkenal Transaksi Tanpa Tunai Sepenuhnya Di Malaysia Admin DSK - YDP DEUM Kuala Lumpur | 25hb Jun 2019 Media Official YDP

Majlis Rumah Terbuka Dewan Ekonomi Usahawan Malaysia

Image
Admin - 21hb Jun 2019 | Shah Alam Alhamdulillah terima kasih kepada semia yang sudi hadir ke Majlis Rumah Terbuka Sempena Hari Raya Aidilfitri Dewan Ekonomi Usahawan Malaysia. Hampir 1500 orang yang hadir dari kalangan usahawan, kenalan DS Khairul dan DSK Group Of Company. Turut memeriahkan majlis Aris Kapila sebagai pengacara majlis, Eddie Hamid,Man Han,Dato' Nash,Zur Eda, Eji Maggic dan Afiee Utopia. YDP DEUM dan seluruh team penganjur menyusun 10 jari jika ada kelemahan pada majlis dan memohon kemaafan. Semoga berjumpa lagi di program dna majlis yang lain.. Terima kasih semua.....Selamat Hari Raya"Ikhlaskan Raya" Admin DSK - YDP DEUM Shah Alam | 21hb Jun 2019 Media Official YDP

Blu Coffee Salah Satu Projek Strategik Keusahawanan 2022

Image
Admin - 18hb Jun 2019 | Shah Alam Selesai Sidang Media YDP DEUM bagi program pembangunan usahawan dengan melaksanakan projek pembangunan usahawan FNB iaitu BLU Coffee.. Insya'Allah DEUM akan kekal relevant dan komited dalam membangunkan ushawan dengan kerangka yang telah disusun Strategik Keusahawanan dalam Dasar-Dasar Keusahawanan Negara. Kenyataan Rasmi YDP dalam Sidang Media. Blu Coffee perkenal transaksi tanpa tunai sepenuhnya ABDUL RAZAK IDRIS Stringer /pix SHAH ALAM 19 Jun-Restoran baharu berkonsep minuman kopi, Blu Coffee memperkenalkan transaksi perniagaan tanpa tunai sepenuhnya di negara ini. Menurut YDP Dewan Ekonomi Usahawan Malaysia (DEUM), Datuk Seri Khairul Khuzaini Zamsani, kaedah pembayaran tersebut menjadikan urusan jual beli lebih mudah tanpa penggunaan wang tunai sebenar. "Blu Coffee adalah produk baharu yang kita ingin perkenalkan dalam kalangan usahawan dan bakal usahawan termasuk pihak koperasi di negara ini. "Sasaran kita adalah seba...

Selamat Hari Bapa 2019

Image
Admin -16hb Jun 2019 | Kota Damansara SELAMAT HARI BAPA kepada semua yang bergelar Bapa/Ayah/Abah/Daddy/Papa/Abi/Walit@seumpamanya..YDP DEUM mendoakan setiap yang bergelar bapa di berikan rahmat dan nikmat dari Nya dan menjadi ketua keluarga yang diredhai Allah. Jadikan hari bapa pada hari ini sebagai menyuntik serta permulaan yang baru bagi membimbing setiap ahli keluarga ke arah kebaikan dan seterusnya ke Jannah.. Ameen Insya'Allah.. Admin DSK - YDP DEUM Kota Damansara | 16hb Jun 2019 Media Official YDP

Selamat Pagi Malaysia RTM Edisi Raya @ DEUM

Image
Admin - 6hb Jun 2019 | Negeri Sembilan Assalamulaikum semua, salam 2 Syawal, salam usahawanku cemerlang. Jangan lupa temu janji kita pagi ini bersama YDP di dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia Edisi Raya. SPM pada tahun ini beraya bersama DEUM di Tanjung Karang, Kuala Selangor. YDP DEUM serta barisan MT DEUM telah ditemu bual bagi memberi pandangan serta pendapat berkaitan Keusahawanan Negara, Sosio Budaya dan Pelancongan serta Adat dan Tradisi yang ada hubung kait dengan Usahawan dan Ekonomi. Jom pakat tonton. Admin DSK - YDP DEUM Negeri Sembilan | 6hb Jun 2019 YDP Official Media

Perutusan Aidilfitri Yang Dipertua

Image
Admin - 4hb Jun 2019 | Negeri Sembilan Assalamualaikum semua. YDP DEUM mewakili selurih warga DEUM ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin. YDP mendokan perjalan anda semua menuju ke kampung halaman selamat tiba dan dapat merai lebaran bersama keluarga tercinta. YDP juga mengambil kesempatan ini ingin meingatkan diri YDP serta kita semua agar mengamalkan kesederhanaan dalam menyambut lebaran dengan mengingati mereka yang dalam kekurangan agar aidilfitri kita lebih mendapat keberkatan dari Nya. #perutusanaidilfitri #deum #raya2019 Admin DSK - YDP DEUM Negeri Sembilan | 4hb Jun 2019 YDP Official Media